السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Umur dah menjangkau suku abad, refresh balik 25 tahun kehidupan ini, apa yang dapat aku simpulkan tentang hidup? Apa yang boleh aku cerita tentang diri aku? Berapa banyak yang aku boleh beritahu pada orang? Contohnya, kalau masa sekolah dulu ada apa-apa kem motivasi@whatsoever yang bersamaan dengannya, ada sesi 'icebreaking', seingat aku, tak sampai seminit yang aku boleh terangkan tentang hidup aku. Pasti jawapan seperti nama penuh, umur, berasal dari mana, tinggal dekat mana, adik-beradik berapa orang, hobi, makanan kegemaran dan selainnya is history......Seriously???? Banyak tu je yang kita boleh cerita kat orang pasal diri kita????? =.=" Sampai satu masa aku tertanya-tanya pada diri aku, apa yang dah aku buat 25 tahun ni?? aku tau susah nak ingat benda yang bukan dalam "remote memory" kita, tapi aku ada satu kefahaman, kalau benda yang kita buat tu tak penting atau sia-sia, sememangnya kita tak akan ingat dan tak ambil kisah, so my conclusion kenapa aku boleh cerita sedikit je pasal hidup aku, is mostly because the rest of my story semuanya benda yang sia-sia je aku dah buat.. I would like to call this period as my black history..
Firman Allah SWT dalam surah An-Nazi'at ayat 46, bismillaahirrahmaanirahiim "seolah-olah mereka pada hari kiamat itu (berasa) tinggal di dunia hanya sebentar sahaja, sekadar satu petang atau paginya." bayangkan kalau satu petang atau pagi tu, dalam tempoh lebih kurang 12-6 petang atau 6-12 tengahari,so ada dalam 6 jam camtu, 25 tahun hidup ni dah ambil dalam 2-3 jam dah dari waktu hidup di dunia ni, kebanyakan aku buat adalah sia-sia, penuh dosa, kotor dan jijik. Bayangkan jika aku mati pada esok hari,amalan ini yang aku nak berjumpa yang Maha Pencipta???Astaghfirullah al-azim aku takut akan azab nerakaMu ya Rabbi!
Sampai bila aku hendak terus leka dengan maksiat dan kemungkaran, hidup di dunia yang terlalu singkat? Ada banyak kedengaran "oh dah tua nanti taubatlah, muda-muda ni tak enjoy rugilah oi" benar, ini pernah aku dengan dari mulut-mulut yang merasakan hidup di dunia ni lama, mungkin bagi mereka selama-lamanya..Mungkin aku juga pernah berasakan yang sebegitu, Astaghfirullah al-azim!
Sia-sia selama ini dalam solat, aku mengucapkan 2 kalimah syahadah lailahaillallah muhammadurrasullullah.. Beratnya ucapan ini, kerana ini adalah tiang agama Islam..Dengan ucapan ini, kita mengakui bahawa kita tunduk dan patuh pada Allah dan hukumNya, tapi adakah aku melaksanakan suruhan dan meninggalkan laranganNya?
Yang pasti, selama ini aku lalai.
Firman Allah surah Al-fatihah ayat 6-7, Tunjukkanlah kami jalan yang lurus..Iaitu jalan orang-orang yang telah kau beri nikmat kepada mereka, bukannya jalan yang dimurkai dan bukan juga orang-orang yang sesat." Aku beriktikad untuk berubah, aku takut termasuk dalam golongan orang yang diberi istidraj nauzubillah hi min dzali!
firman Allah dalam surah ali-Imran ayat 133,"Bersegeralah kepada ampunan dari tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa yaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik di waktu lapang maupun sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. Dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampunan terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui."
Sesungguhnya aku berpesan kepada diri sendiri dan para pembaca, bertaubatlah selagi kita masih bernafas..Kita tidak mengetahui bila ajal kita akan sampai, mungkin dalam minit yang akan datang..kita manusia memang tidak lari dari melakukan kesilapan sabda Rasulullah “Adam telah melanggar larangan Allah, maka anak keturunannya pun juga akan melanggar larangan Allah. Adam telah lupa, maka anak keturunannya pun juga akan lupa. Adam telah berbuat dosa, maka anak keturunannya pun juga berbuat dosa” (HR. Tirmidzi, hasan shahih). “Demi Dzat yang jiwaku ada di tangan-Nya, seandainya kalian tidak pernah berbuat dosa, niscaya Allah akan mengganti kalian dengan mendatangkan suatu kaum yang kemudian kaum tersebut berbuat dosa, kemudian mereka meminta ampun kepada Allah, dan Allah akan mengampuni mereka” (HR. Muslim).
bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat iaitu taubat nasuha..Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat, "Apakah penyesalan itu taubat?", "Ya", kata Rasulullah (H.R. Ibnu Majah).. Amr bin Ala pernah mengatakan: "Taubat Nasuha adalah apabila kamu membenci perbuatan dosa sebagaimana kamu pernah mencintainya"
Ya Allah ya Tuhanku, hambaMu ini telah banyak melakukan dosa dan maksiat, aku memohon taubat keatas Mu ya Allah, Maha pengasih dan Maha Pengampun..
:) selmat berblogging semula tok
ReplyDelete